pengidaman sukses!

Assalamualaikum wbt.


Reunion + ade orang mengidam ketam udang = Food Hunting!

dari minggu lepas plan.
kemain wasap(whatsapp la) shirad ain nak makan mane.
sebulat wasap sepakat membawa berkat;


call hari SELASA lepas, nak booking.

aku: Hallo, Flamming ye? Saye nak booking this Saturday for 3pax.
Flamming: weekend ni da full. Minggu depan ade la.
aku: o..ok. Takpe la. Thanks.

T_T

letak tepon.







wasap kembali dgn rakan-rakan.

shirad: try usha raudhah steamboat
shirad: member aku ckp bes
shirad: ade kambing golek lg
shirad: kat subang jaya


KAMBING GOLEK ADE?!!!

laju-laju call.

aku: Hallo, saye nak booking Sabtu ni untuk 3 orang..bole?
arRaudhah: Boleh. Sabtu, 3 orang ye?
aku: yup. Ok, terima kasih!!
*senyum sampai belakang telinga*



wasap rakan-rakan balik.

aku: ok geng,siap! Sabtu, 3orang. Weee~~~


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SABTU





semangat tersampai awal, takut sesat punye pasal.
sudahnye melepak kat taman lelame.

manade kambing golek...
tapi ade la kambing potong bakar atas grill.
bole la...


perut kinyang..ati sinang..lalalaaaaaa
tataa. 


eVoLuTioN.

assalamualaikum wbt.

alhamdulillah,
kulit muka aku makin santek ok.
*nanti time convo jelita santek lah sikit*

tapi mase baru jadi kulit teruk tu.
memang horror kot,
bila tengok balik gambar dedolu aku.

nak tengok??
*macam la fofuler sangat kan haku ni,ceit!*

-
-
-

-


-



-




-





-








sila mula dari bulat, abes kat bintang tu ye. Mase bulat tu (Oct2010) muke aku baru nak teruk.

ngeri sangat khennnn...

tu la, bersyukur sangat tau sekarang kulit dah ok ni.
*sila sujud syukur sekarang*
peparut tu karang dah keja i pi facial tiap minggu la.
sekarang dok umah takde gaji sesenyap je lah.

ok.
jangan ngigau ye malam ni pas tengok gambar tu.
mintak ampun mintak mahap la awal-awal.
until next time.
tataa.

Us..girls.



(^_^)V


eh eh..ade terselit boboy sorang dlm gambar tu.   ;)

Manisnye...Puding.


Puasa ke-2 hari tu aku buat pudding caramel, mama suka satu..satu lagi adik ipar aku bising mintak buatkan. Aku pun buat lahh *nasib baik la senang nak buat, kalau tak memang tak kosser aku nak buatkan,hohooo*

Senang je nak buat pudding caramel ni, aku fail tang nak terbalikkan pudding tu je *tangan pengkor, huhuuu*

Bahan-bahannye fuan-fuan…telur, gula, air, esen vanilla dan susu cair *aku tak memilih, pakai je brand yg paling murah kat kedai tu* oh, pudding caramel ni ade dua part. Satu part caramel sauce tu, satu lagi tang pudding.



Part caramel sauce; amik satu cawan gula, kacau atas api sampai cair dan kaler gula tu jadi perang cokelat gittew. Dah tu, masukkan air satu cawan. Bebaik masa ni, kang air + gula panas tu memercik sikit. Korang kacau la sampai dapat kepekatan sesedap rase dihati sanubari tu. Dah siap, masukkan dalam loyang letak tepi biar caramel tu sejuk sikit.

Part pudding lak; aku pakai 5 atau 6 bijik telur sekali buat, yg ni suka hati la nak berapa bijik. Rase nak cholesterol go upstairs, korang pecahlah sampai 8 bijik. Pastu masukkan esen vanilla sesudu teh *one tablespoon ler*. Masuk air dalam setengah cawan *aku tak suka pudding tu lembik sangat, tapi kalau nak letak secawan pon bolehhh*. Bubuh sesudu gula, pastu korang kacau la adunan tu sesedap rase. Dah puas kacau, masukkan adunan tu dalam loyang yg letak caramel sauce tadik.

Letak adunan tu selemah lembut yg boleh, kite taknak caramel sauce tu bercampur sangat ngan adunan tu. Siap, masuk dalam kukus. Pasang api, ko tunggu lah 40 minit camtu. Da siap, kasik sejuk kejap. Pastu terbalikkan pudding caramel tadik lam bekas santek. Aku fail tang terbalikkan pudding ni, sokmo la tertumpah merata caramel sauce die tu.

Dah siap, masukkan dalam peti sejuk *yg belah biasa, bukan kat tempat ais tu ye. Kite nak sejuk, bukan sejuk beku ye fuan-fuan*. Sape-sape yg tak puasa tu boleh la melahap pas setengah jam masuk peti camtu.

Ok. Bai. Assalamualaikum.