Puasa ke-2 hari tu aku buat pudding caramel, mama suka
satu..satu lagi adik ipar aku bising mintak buatkan. Aku pun buat lahh *nasib
baik la senang nak buat, kalau tak memang tak kosser aku nak buatkan,hohooo*
Senang je nak buat pudding caramel ni, aku fail tang nak
terbalikkan pudding tu je *tangan pengkor, huhuuu*
Bahan-bahannye fuan-fuan…telur, gula, air, esen vanilla dan
susu cair *aku tak memilih, pakai je brand yg paling murah kat kedai tu* oh,
pudding caramel ni ade dua part. Satu part caramel sauce tu, satu lagi tang
pudding.
Part caramel sauce; amik satu cawan gula, kacau atas api
sampai cair dan kaler gula tu jadi perang cokelat gittew. Dah tu, masukkan air
satu cawan. Bebaik masa ni, kang air + gula panas tu memercik sikit. Korang
kacau la sampai dapat kepekatan sesedap rase dihati sanubari tu. Dah siap,
masukkan dalam loyang letak tepi biar caramel tu sejuk sikit.
Part pudding lak; aku pakai 5 atau 6 bijik telur sekali
buat, yg ni suka hati la nak berapa bijik. Rase nak cholesterol go upstairs,
korang pecahlah sampai 8 bijik. Pastu masukkan esen vanilla sesudu teh *one
tablespoon ler*. Masuk air dalam setengah cawan *aku tak suka pudding tu lembik
sangat, tapi kalau nak letak secawan pon bolehhh*. Bubuh sesudu gula, pastu
korang kacau la adunan tu sesedap rase. Dah puas kacau, masukkan adunan tu
dalam loyang yg letak caramel sauce tadik.
Letak adunan tu selemah lembut yg boleh, kite taknak caramel
sauce tu bercampur sangat ngan adunan tu. Siap, masuk dalam kukus. Pasang api,
ko tunggu lah 40 minit camtu. Da siap, kasik sejuk kejap. Pastu terbalikkan pudding
caramel tadik lam bekas santek. Aku fail tang terbalikkan pudding ni, sokmo la
tertumpah merata caramel sauce die tu.
Dah siap, masukkan dalam peti sejuk *yg belah biasa, bukan
kat tempat ais tu ye. Kite nak sejuk, bukan sejuk beku ye fuan-fuan*. Sape-sape
yg tak puasa tu boleh la melahap pas setengah jam masuk peti camtu.
Ok. Bai. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment